header.jpg

 

DAFTAR BARU

 

Transaksi ini digunakan untuk membuat pendaftaran kali pertama bagi semua kenderaan pemasangan tempatan, import, bina semula, rampasan (lucut hak) atau kenderaan milik Kementerian Pertahanan.

 

i.                    Pilih pautan PENGURUSAN PELESENAN KENDERAAN daripada Menu Teras. Skrin Menu Teras adalah seperti berikut:-
 

regimg_partner_menu.JPG

 

ii.                   Pilih pautan Pendaftaran Kenderaan;

iii.                 Pilih pautan Daftar Baru. Skrin akan dipaparkan seperti di bawah:-
 

regimg_partner_daftarbaru_maklumatpermohonan.jpg

 

iv.                 Masukkan No. Casis dan No. ID Pemilik;

v.                  Masukkan Kategori Pemilik melalui drop down list;

vi.                 Masukkan RAC No.;

vii.               Klik [Cari]. Skrin Maklumat Pengesahan akan dipaparkan seperti di bawah:-
 

regimg_partner_daftarbaru_maklumatpengesahan.JPG

 

Nota: Sekiranya No. Casis kenderaan sudah didaftarkan, skrin akan dipaparkan seperti di bawah:-
 

regimg_partner_daftarbaru_casisregister_error.jpg

 

viii.              Klik No. ID untuk membuat semakan maklumat pemilik. Skrin akan dipaparkan seperti di bawah:-
 

regimg_partner_daftarbaru_maklumatpemilik.jpg

 

ix.                 Klik [OK]. Skrin Maklumat Pengesahan akan dipaparkan semula;

x.                  Klik [Sah & Teruskan] untuk meneruskan transaksi dan skrin Maklumat Kenderaan akan dipaparkan;
 

regimg_partner_daftarbaru_maklumatkenderaan_daftarlkm.jpg

 

xi.                 Semak Maklumat Kenderaan;

xii.               Masukkan Pengisytiharaan Kawasan dan No. Pendaftaran  melalui drop down list;
Nota: Sekiranya No. Pendaftaran yang dipilih ialah No. Tempahan, sistem akan membuat semakan maklumat No. Pendaftaran terlebih dahulu. Sekiranya maklumat No. Tempahan tidak wujud, skrin akan dipaparkan seperti di bawah:-
 

regimg_partner_daftarbaru_maklumatkenderaan_no_reservedno2.jpg

 

xiii.              Pilih Daftar LKM;

xiv.             Pilih Tempoh LKM melalui drop down list;

xv.               Klik [Batal] untuk membatalkan transaksi; atau klik [Teruskan]. Skrin Maklumat akan dipaparkan seperti di bawah:-
 

regimg_partner_daftarbaru_maklumatkenderaan_daftarlkm_pengesahan.jpg

 

xvi.             Klik [Tidak] untuk membatalkan transaksi; atau klik [Ya] untuk meneruskan transaksi Electronic Fund Transfer (EFT) dengan menggunakan perkhidmatan perbankan RHB. Resit akan dicetak atau disimpan secara .PDF format.
Nota: Pengguna perlu membawa resit tersebut ke mana-mana pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan sebagai rujukan untuk mencetak VOC atau LKM dan kedua-duanya sekali. Rujuk Senarai Pejabat JPJ untuk mendapatkan senarai alamat pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan.

Sekiranya Nombor EFT tidak berjaya dijana, resit tidak dapat dicetak dan skrin akan dipaparkan seperti di bawah:-
 

regimg_partner_kenderaan_dalam_proses_pendaftaran_nofundTransfer.jpg

 

Nota: Klik [OK] untuk kembali ke skrin Maklumat Permohonan.