![]() |
SENARAI DOKUMEN
Senarai dokumen yang diperlukan adalah berdasarkan jenis pendaftaran seperti berikut:-
Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian
i. MyKAD Wakil Syarikat;
ii. Borang D (Perakuan Pendaftaran Perniagaan);
iii. Lesen Perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan (Sabah / Sarawak); dan
iv. Surat Lantikan sebagai wakil syarikat.
Syarikat Sendirian Berhad / Berhad
i. MyKAD Wakil Syarikat;
ii. Borang 9 (Perakuan Pendaftaran Syarikat) / Borang 13 (Sijil Tukar Nama); dan
iii. Surat Lantikan sebagai wakil syarikat.
Pertubuhan Koperasi (Yang Berdaftar)
i. MyKAD Wakil Syarikat;
ii. Borang 3 ROC (Sijil Pendaftaran); dan
iii. Surat Lantikan sebagai wakil syarikat.
Kerajaan / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan
i. MyKAD Wakil Syarikat;
ii. Surat Rasmi daripada agensi berkenaan untuk permohonan ID; dan
iii. Surat Lantikan sebagai wakil syarikat.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pesuruhjaya Tinggi / Konsulat / Pertubuhan
i. MyKAD Wakil Syarikat;
ii. Surat Kelulusan penubuhan MITI / MoF (Jika pejabat serantau); dan
iii. Surat Lantikan sebagai wakil syarikat.
Syarikat Sendirian Berhad / Berhad Melalui Liquidator (Penyelesai)
i. MyKAD Wakil Syarikat;
ii. Borang 72 (Notis perlantikan Liquidator - penggulung sukarela) atau Borang 70 (Notis perlantik Liquidator Penggulungan Mahkamah) disahkan oleh pendaftar syarikat;
iii. Perintah Mahkamah (Jika perlantikan mahkamah); dan
iv. Surat
Lantikan sebagai wakil syarikat.