![]() |
TIDAK TERIMA EMAIL PENGESAHAN
Pengguna yang telah mendaftar, akan menerima emel pengesahan yang mengandungi maklumat ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara. Jika pengguna tidak menerima emel pengesahan, berikut adalah langkah-langkah yang boleh dilakukan:-
i. Semak spam atau folder bulk email, kemungkinan e-mel pengesahan anda telah dihantar ke dalam e-mel spam atau bulk email. Jika anda tidak menjumpai e-mel dalam folder ini, sila tambah jpj-revamp@jpj.gov.my ke dalam buku alamat anda atau senarai alamat emel yang dibenarkan, kemudian mohon e-mel pengesahan baru; atau
ii. Mohon e-mel pengesahan yang baru; atau
iii. Hubungi kami di talian +603 8315 9200 atau emelkan aduan anda ke aduan@jpj.gov.my.