header.jpg

 

 

 

MODEL METER TEKSI

 

Kesemua meter teksi yang baharu perlu mendapatkan pensijilan daripada JPJ untuk memastikan spesifikasi teknikal meter teksi mematuhi peraturan dan syarat sedia ada. Modul Model Meter Teksi merupakan proses-proses yang terlibat dalam permohonan bagi mendapatkan pensijilan meter teksi.

 

i.                Pilih pautan KEJURUTERAAN AUTOMOTIF daripada Menu Teras. Skrin Menu Teras adalah seperti di bawah:-

 

kaimg_1.jpg

 

 

ii.               Pilih pautan Model Meter Teksi dan skrin berikut akan dipaparkan;

 

kaimg_teksimeter_butiran_permohonan.jpg

 

iii.             Klik [Teruskan] untuk meneruskan transaksi dan skrin berikut akan dipaparkan;

 

kaimg_teksimeter__maklumatmeter.jpg

 

iv.             Masukkan Buatan, Model, Resolusi Per KM (km), Kelajuan Silang (rpm), Rujukan Kadar, Kadar Jarak (km) dan Kadar Masa (minit) di bahagian Maklumat Meter;

v.              Pilih Tarikh Kelulusan Rujukan Kadar melalui kalendar yang disediakan di bahagian Maklumat Meter;

vi.             Pilih Jenis Perkhidmatan dan Kawasan Perkhidmatan di bahagian Maklumat Meter;

vii.           Pilih Buatan dan Jenis Badan di bahagian Maklumat Kenderaan;

viii.          Masukkan Model, Lilitan Roda (inci), Saiz Tayar (inci) dan Tekanan Angin Tayar (psi) di bahagian Maklumat Kenderaan;

ix.             Klik [Set Semula] untuk memadamkan maklumat yang telah masukkan;

x.              Klik [Kembali] untuk kembali ke skrin Butiran Pemohon; atau

xi.             Klik [Hantar] untuk meneruskan transaksi dan skrin berikut akan dipaparkan;

kaimg_teksimeter_approval_return.jpg

 

xii.           Klik [OK].

 

.