header.jpg

 

PENDAFTARAN AGENSI KERAJAAN

 

Wakil Agensi Kerajaan perlu menghadiri mesyuarat terlebih dahulu untuk membuat permohonan pendaftaran dengan mengisi borang yang disediakan dan akan diluluskan oleh Pengarah secara manual. Setelah itu, wakil agensi perlu mendapatkan Nombor Rujukan melalui kaunter JPJ sebelum mendaftar masuk kali pertama di Portal Rakan Niaga. Rujuk Senarai Pejabat JPJ untuk mendapatkan senarai alamat pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan.

 

1.        PENDAFTARAN AGENSI KERAJAAN BAHARU

 

Skrin Utama akan dipaparkan seperti di bawah:-

 

regimg_partner_main2_tagline_agensikerajaan.jpg

 

i.              Klik pautan Agensi Kerajaan. Skrin akan dipaparkan seperti di bawah:-
 

regimg_partner_kerajaan_daftar.jpg

 

ii.             Masukkan No. Rujukan;

iii.           Klik [Isi Semula] untuk memasukkan semula No. Rujukan yang lain; atau klik [Teruskan] untuk meneruskan transaksi;

Sekiranya No. Rujukan wujud, skrin akan dipaparkan seperti di bawah:-
 

regimg_partner_kerajaan_daftar2.jpg

 

iv.           Semak Butiran Peribadi; dan

v.            Klik [Isi Semula] untuk mengisi semula No. Telefon Wakil dan Emel Wakil; atau klik [Teruskan] untuk meneruskan transaksi. Skrin Pengesahan akan dipaparkan seperti di bawah:-
 

regimg_partner_kerajaan_daftar3.jpg

 

vi.           Klik [Ya]. Skrin akan dipaparkan seperti di bawah:-
 

regimg_partner_kerajaan_daftar4.JPG

 

vii.         Klik [OK]. Skrin akan dipaparkan seperti di bawah:-
 

regimg_partner_kerajaan_daftar5.JPG

 

Nota: ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel berdaftar setelah proses ini selesai (Kata Laluan Sementara ini sah dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh dikeluarkan).  Jika emel pemberitahuan tidak diterima, emelkan aduan ke helpdeskidm@jpj.gov.my