![]() |
PENDAFTARAN RAKAN NIAGA
Permohonan Pendaftaran Rakan Niaga perlu dilakukan melalui portal di mana pihak rakan niaga perlu mengisi butiran yang diperlukan serta memuat naik dokumen-dokumen sokongan. Rujuk Senarai Dokumen untuk menyemak dokumen yang diperlukan untuk maklumat lanjut.
1. PENDAFTARAN RAKAN NIAGA BAHARU
Skrin Utama akan dipaparkan seperti dibawah:-
![]() |
i. Klik pautan Rakan
Niaga. Skrin akan dipaparkan seperti
di bawah:-
![]() |
ii. Masukkan No. ROC / ROB;
iii. Masukkan kod seperti yang terdapat dalam paparan; dan
iv. Klik [Set
Semula] untuk memasukkan semula
maklumat; atau klik [Jana
Semula] untuk mendapatkan kod yang
baharu; atau klik [Semak
ROC / ROB] dan skrin akan dipaparkan
seperti di bawah:-
![]() |
Nota: Sekiranya
kod yang dimasukkan tidak sepadan dengan paparan, skrin akan dipaparkan
seperti di bawah:-
![]() |
Nota: Klik [OK] untuk kembali
ke skrin terdahulu.
Sekiranya kod
yang dimasukkan sepadan, skrin akan dipaparkan seperti di bawah:-
![]() |
v. Masukkan Nama Syarikat;
vi. Pilih Jenis Syarikat melalui drop down list;
vii. Masukkan Telefon, Faks dan Alamat;
viii. Pilih Kategori Rakan Niaga melalui drop down list;
ix. Masukkan Nama Pendek;
x. Klik [Semak
Nama Pendek]. Skrin akan dipaparkan
seperti di bawah:-
![]() |
Nota: Sekiranya
Nama Pendek telah digunakan, skrin
akan dipaparkan seperti di bawah:-
![]() |
Nota: Klik [OK] untuk kembali ke skrin terdahulu.
xi. Masukkan Tarikh Tamat ROC / ROB. Rujuk Panduan Umum untuk panduan menggunakan kalendar;
xii. Masukkan Emel;
xiii. Pilih Negeri dan Bandar melalui drop down list;
xiv. Masukkan Poskod;
xv. Muat
naik dokumen seperti yang ditetapkan bagi jenis pendaftaran syarikat.
Rujuk Senarai
Dokumen untuk menyemak dokumen yang diperlukan. Rujuk Panduan Umum untuk
panduan muat naik dokumen;
Nota: Hanya dokumen di dalam format .PDF dengan saiz kurang dari 1024kb
setiap satu sahaja dibenarkan.
xvi. Klik
[Set Semula]
untuk mengisi semula butiran syarikat; atau klik [Dapatkan
No. Rujukan] untuk meneruskan permohonan pendaftaran dan Nombor
Rujukan akan dipaparkan seperti skrin di bawah:-
![]() |
xvii. Klik
[Cetak] untuk
mencetak No. Rujukan dan No. ROC / ROB.
Nota: Wakil syarikat perlu membawa Nombor Rujukan, MyKad dan dokumen sokongan
asal ke mana-mana pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan yang terdekat dalam
tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh nombor rujukan dijana untuk membuat
pengesahan. Rujuk Senarai Pejabat JPJ
untuk mendapatkan senarai alamat pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan.
ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel berdaftar setelah
proses pengesahan di kaunter selesai.